
Laporan/foto: Linda Padan (Sarawak)
LIMBANG, 25 Jan (Malaysiaaktif) – Tamu pada setiap hari Khamis dan Jumaat tidak asing bagi penduduk di Limbang.

Hasil kraf tangan yang dijual.
Ianya merupakan tempat untuk dikunjungi pada hujung minggu untuk mendapatkan produk-produk tempatan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, makanan, bunga, ikan, kain, kraf tangan dan pelbagai hasil yang berasal dari kampung-kampung dijual di sini.
Tamu ini diadakan pada setiap minggu di tempat letak kenderaan berdekatan dengan Bangunan Limbang Plaza dan pengunjung terdiri daripada penduduk tempatan dan juga dari pengunjung negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah peniaja yang berjual disini tidak tetap, ianya bergantung kepada hasil pertanian yang mereka jual.
Pada setiap kali musim buah-buahan tiba sudah pasti tamu ini akan meriah dengan suasana kehadiran peniaja yang ramai berkumpul di tamu untuk menjual hasil mereka.

Dayang Antin Latip di tapak tamu menjual hasil produk kraf tangan dan pakaian.
Menurut salah seorang penjaja di tamu Dayang Antin Latip, 63, dari Kampung Medait, beliau telah menjaja di tamu tersebut lebih kurang selama 15 tahun.
“Produk yang saya jual adalah hasil kraf tangan bakul yang saya dapatkan dari orang lain dan juga kain ela serta pakaian,” katanya, semalam.
-RJ