
Laporan/ Foto: Norlia Mili (Sarawak)
KUCHING, 22 Jan (MalaysiaAktif) – Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Selatan telah mengumumkan pemilihan Tanjung Embang, Asajaya, Kota Samarahan sebagai lokasi pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu Sarawak.
Pengumuman lokasi baharu lapangan terbang Sarawak itu telah mendapat reaksi positif dari kalangan orang awam di sini.

Sata Mat berharap agar Asajaya dan Kota Samarahan terus berkembang maju.
Menurut Sata Mat, 59 tahun, seorang pekerja swasta di sini berpendapat kawasan di sekitar Tanjung Embang pasti akan turut menikmati pembangunan infrastruktur dan ekonomi yang pesat iaitu seiring dengan pembinaan lapangan terbang baharu tersebut.
“Harapan saya semoga pembangunan serta ekonomi kawasan Asajaya khasnya dan Kota Samarahan amnya terus berkembang maju untuk generasi akan datang,” ujarnya semalam.

Mohamad Yaakub Ismail turut bersetuju bahawa Tanjung Embang adalah pe,ilihan strategik untuk pembinaan lapangan terbang baharu ketika ditemu bual kemarin.
Manakala bagi Mohamad Yaakub Ismail, 55 tahun, seorang guru pula berkata pemilihan Tanjung Embang yang terletak di antara Kota Samarahan dan Asajaya amat dialu-alukan memandangkan kawasan yang dipilih adalah strategik terutama apabila Jambatan Tanjung Bako telah siap pembinaannya kelak.
-RJ-