Skip to main content
Berita Sabah & LabuanLabuan

Taska Platform Pendidikan Holistik dan Berkualiti

By 13 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Haziq Ruslain (Labuan)

LABUAN, 13 Jan (Malaysiaaktif) – Taska adalah institusi yang memainkan peranan penting dalam menyediakan platform pendidikan yang holistik dan berkualiti.

Antara persembahan daripada kanak-kanak Taska KEMAS Tanjung Aru

Menurut Pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah, Wilayah Persekutuan Labuan, Gilbert Julian, anak-anak di taska bukan sahaja diajar asas akademik seperti membaca, menulis dan mengira tetapi juga kemahiran sosial, kreativiti serta nilai-nilai moral yang kukuh.

Para kanak-kanak Taska KEMAS Tanjung Aru bersama ahli keluarga masing-masing bergambar kenangan

“Tempoh pendidikan awal kanak-kanak ini sangat penting kerana ia merupakan tempoh pembentukan minda, emosi dan nilai-nilai murni yang akan membentuk peribadi mereka di masa hadapan.

“Kita juga menyedari bahawa tugas mendidik anak-anak kecil tidak mudah dan memerlukan dedikasi, kesabaran serta inovasi.

“Dalam dunia yang semakin kompleks ini, guru dan ibu bapa perlu bekerjasama untuk memastikan anak-anak kita bersedia menghadapi cabaran masa hadapan kerana pendidikan yang diberikan hari ini bukan sahaja untuk kejayaan akademik tetapi juga untuk pembinaan sahsiah diri yang baik,” katanya semasa merasmikan Majlis Konvokesyen Taska KEMAS Tanjung Aru Tahun 2025 di sini semalam.

Beliau turut berharap para ibu bapa dan pendidik masyarakat terus memberikan galakan serta motivasi kepada anak-anak untuk meneruskan perjalanan pendidikan dengan penuh semangat.

“Semoga usaha kita dalam mendidik anak-anak kecil ini diberkati dan membuahkan hasil yang cemerlang pada masa akan datang,” ujarnya.

-AA-

Tinggalkan komen anda