Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanLabuan

UMS Beri Komitmen Bentuk Masa Depan Lebih Baik untuk Pelajar, Industri dan Masyarakat

By 11 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/UMSKAL

LABUAN, 11 Jan (Malaysiaaktif) – Pembaharuan dua Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Malaysia Sabah (UMS), Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA) dan Neurogine Sdn. Bhd. membuktikan komitmen UMS membentuk masa depan yang lebih baik untuk pelajar, industri dan masyarakat.

Kasim (empat dari kiri), Jaffree (tiga dari kiri) dan Chooi (empat dari kanan) menunjukkan MoU yang dimeterai.

Menurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor kerjasama itu penting dalam memajukan misi UMS untuk memperkukuhkan kecemerlangan akademik dan kerjasama industri.

“Kerjasama dengan LFSA mencerminkan fokus bersama untuk memajukan kewangan digital dan Islam, dengan menyediakan pelajar dan profesional industri dengan kepakaran terkini dengan kursus Blockchain Certified Specialist yang mempersiapkan peserta dengan keperluan sektor kewangan yang berkembang.

“Kerjasama ini juga menekankan peranan penting usaha nasihat, promosi dan penyelidikan dalam memperkukuhkan kedudukan Labuan sebagai hab kewangan antarabangsa,” katanya pada majlis manandatangai MoU itu di Kampus Antarabangsa UMS Labuan, semalam.

Sebahagian kakitangan UMSKAL bergambar kenangan bersama Prof. Datuk Dr. Kasim (empat dari kanan).

Jelasnya, kerjasama dengan Neurogine Sdn. Bhd. bertujuan untuk menghubungkan dunia akademik dan industri melalui inisiatif yang memberi impak seperti projek penyelidikan, persidangan akademik, latihan industri dan program pendidikan profesional.

“Kerjasama ini adalah seruan untuk bertindak dengan memanfaatkan kepakaran bersama kita dalam mencipta sumbangan bermakna kepada masyarakat, membangunkan bakat dan membina masa depan yang mampan dan inklusif,” katanya.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah LFSA Jaffree Ismail dan Naib Presiden Kanan Neurogine Sdn. Bhd. Chooi Yew Tzen.

-ZS-

Tinggalkan komen anda