Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Usahawan Kraftangan Orang Asli Mengorak Langkah ke Pasaran Antarabangsa

By 27 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Memi Yusoff/Norshazila Ahmad (Selangor)

SHAH ALAM, 27 Jan (MalaysiaAktif) – Meminati seni kraftangan sejak di bangku sekolah, kini berjaya menjadikan hasil kraftangan yang diusahakannya sebagai sumber pendapatan utama.

Pengunjung memilih produk kraftangan untuk di beli

Hanim Apeng, 54, lebih mesra dikenali sebagai Mak Intan dari suku kaum Jakun-Jahut, tinggal di Kampung Orang Asli Sungai Buloh tidak menyangka seni kraf yang diwarisi daripada ibu bapanya seperti menganyam tikar dan membuat lampu daripada buluh telah membawa beliau ke tahap membanggakan dan pendapatannya pernah mencecah RM40,000 sebulan.

Antara hasil kraftangan Hanim

Menurut Hanim promosi produk kraf lebih tertumpu kepada media sosial dan pameran yang dihadiri telah membantu mengembangkan perniagaannya.

Tourism Malaysia dan Kraftangan Malaysia berperanan dalam memperluaskan pasaran produk kraftangannya ke luar negara seperti Indonesia, Australia, London dan merancang untuk membawa produk kraftangannya ke Berlin pada bulan Mac ini.

Manakala, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) turut menyediakan latihan kursus usahawan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang perniagaan.

Hanim menyarankan agar usahawan Orang Asli yang lain berani mengambil risiko dan tidak hanya bergantung kepada bantuan.

“Jika mahu berjaya, kita perlu keluar dari zon selesa, berusaha keras dan tidak hanya mengharapkan bantuan, malah usaha dan keyakinan diri adalah kunci kejayaan,” katanya ketika ditemui di Perkampungan Kebudayaan Selangor 2025, di sini semalam.

Selain tikar, produk kraftangan lain seperti kotak, beg dari daun mengkuang dan aksesori seperti tanjak (tempo), rantai dari pokok jelai serta gelang turut dihasilkan.

-AA-

-AA-

Tinggalkan komen anda