
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat
KANGAR, 11 Jan (Malaysiaaktif) – Kepelbagaian makanan pencuci mulut dan juga makanan dengan pelbagai jenis menu dengan lebih 100 vendor yang menghantar produk jualan makanan di Jalan Jejawi ini yang bermula lewat pagi, kini menjadi pilihan ramai pelanggan sehingga ia tular.

Pelbagai jenis pencuci mulut ada di jual di sini.
Salah seorang pemilik perniagaan, Rohana Salleh, 30, berkata pelbagai produk makanan dan pencuci mulut yang beraneka jenis ada dijual di sini.
Antara pencuci mulut yang ada di jual di HS Dessert yang terletak di Jejawi ini adalah durian crepe, pavlova, kunafa dan pelbagai lagi.
Menurut Rohana lagi, perniagaan berkonsep gerai vendor ini yang kini tular, berusia kurang dari setahun namun beliau bersyukur ia kini sangat dikenali oleh masyarakat setempat dan sangat membantu menjana pendapatan isi rumah dan juga membuka peluang kerja bagi anak tempatan.
“Tambahan pula, 300 lebih jenis makanan di sini dijual dengan harga yang sangat berpatutan.
“Menu yang istimewa di sini hari ini seperti nasi talam kambing hanya dengan harga RM23 yang boleh di makan lebih daripada dua orang,” ujarnya ketika ditemui di gerainya, di sini semalam.

Antara menu istimewa yang boleh didapati dengan harga berpatutan.
Antara yang menjadi pilihan lain tentunya pencuci mulut yang enak di makan ketika cuaca panas.
“Insya-Allah untuk Ramadan nanti pun, akan ada jualan untuk berbuka di sini,” katanya ketika ditanya tentang jualan di bulan Ramadan.
Beliau juga berharap agar orang ramai memberi sokongan kepada lebih 100 orang peniaga yang meletakkan makanan di sini kerana ada antaranya terdiri daripada suri rumah.
-ZS-