Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

“Vibes” Percutian di Kedai Mola

By 6 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 6 Jan (Malaysiaaktif) – Dataran Rindu Alam yang berlatar belakang Bukit Lagi dengan bunyi-bunyian pelbagai spesis kicauan burung menjadikan kedai makan di Taman Eko Perlis ini membawa ‘vibes’ seperti berada di tempat percutian.

Menu nasi lemak adalah antara menu yang digemari pengunjung di sini

Keheningan di awal pagi turut dirasai bagi mereka yang berehat setelah turun dari mendaki Bukit Lagi atau lebih dikenali Bukit Gua Sami.

Aktiviti riadah oleh masyarakat setempat

Pemilik Kedai Mola, Shaza Diyana Sanusi, 29, adalah merupakan seorang graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia.

Kedai Mola yang diusahakan bersama ahli keluarga ini, dilihat bijak memilih lokasi perniagaan makanan dan minuman bagi sarapan pagi dan tengah hari.

Setiap hujung minggu, pasti ramai yang akan singgah disini menghilangkan lelah setelah bersenam atau melakukan aktiviti riadah.

Kedai Mola menyajikan pelbagai jenis menu sama ada bagi anda yang gemarkan menu kampung, menu ‘English Breakfast‘, roti Puri, roti titab dan juga yang paling menarik nya adalah menu nasi daging salai masak lemak.

“Harapan saya yang baru sahaja sebulan memulakan perniagaan di sini, berharap perniagaan yang diusahakan bersama ibu dan ahli keluarga yang lain akan lebih berkembang di masa hadapan dengan menyajikan lebih banyak menu masakan kampung,” ujar beliau ketika ditemui di kedai nya pada pagi tadi.

Tinggalkan komen anda