Skip to main content
Berita Sabah & LabuanSabah

Walkabout CNY Erat Hubungan Bersama Rakyat

By 26 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurhawa Baizura Mohd Amin/Mohd Faizizi Maidin (Beaufort)

BEAUFORT, 26 Jan (MalaysiaAktif) – Program Walkabout Chinese New Year (CNY) dilihat sebagai platform terbaik untuk pemimpin beramah mesra dengan masyarakat Tionghua semasa musim perayaan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam berkata, perayaan pelbagai kaum perlu disambut dengan semangat keharmonian di mana setiap budaya dihargai dan hubungan antara masyarakat terus diperkukuh.

Tarian Singa turut disajikan pada program Walkabout CNY itu di sini kemarin.

“Matlamat utama program ini adalah untuk kita meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama masyarakat kita yang berbilang kaum dan agama di daerah ini.

“Melalui program seperti ini, kita dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kaum agar terus harmoni dan bertambah erat.

“Walkabout ini juga sebagai simbol penghargaan buat mereka di atas sumbangan dari segi ekonomi dan sosial di kawasan ini,” katanya ketika ditemui dalam program Walkabout CNY di sini pada Jumaat.

Pada program tersebut, Ruslan turut memberikan sumbangan dan limau mandarin kepada peniaga-peniaga berbangsa Tionghua di sekitar Pekan Beaufort sebagai tanda penghargaan dan sokongan mereka kepada komuniti.

Ruslan dan Matbali memberikan limau mandarin kepada masyarakat Tionghua yang bakal menyambut perayaan CNY tidak lama lagi.

Program ini turut disertai pihak PERKESO cawangan Beaufort untuk berkongsi mengenai inisiatif yang disediakan pihak kerajaan terutama melibatkan para peniaga.

Turut hadir semasa program tersebut adalah Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah.

-RJ-

Tinggalkan komen anda