
Laporan/Foto: Aishah Latip (Sarawak)
SEMATAN, 28 Jan (MalaysiaAktif) – Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menyalurkan sumbangan berupa bakul makanan dan limau mandarin kepada 84 penerima di daerah Lundu dan Sematan.
Menurut Kiew Min Nyuk, 42 tahun, penerima yang mewakili ibunya, Bong Lu Fah, 87 tahun berasa amat gembira menerima sumbangan yang telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri di Program Jelajah Kasih Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) serta Simbolik Serahan Bakul Makanan sempena Tahun Baru Cina.

Kiew Kiew Min Nyuk, penerima yang mewakili ibunya berasa amat gembira menerima sumbangan di sini semalam.
“Ibu saya sudah tua dan sudah uzur, jadi saya ke sini wakil mengambil sumbangan bagi pihak ibu saya. Saya berasa gembira atas sumbangan ini kepada ibu saya sempena Tahun Baru Cina,” ujar Kiew Min Nyuk ketika ditemui semalam di Dewan Masyarakat Kampung Tanah Hitam Sematan di sini.
Program Jelajah Kasih Kamek Nengar Kamek Nulong oleh Pusat Sokongan Sosial (PSS) adalah sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 bertujuan menyemai kasih sayang dan menyokong komuniti yang memerlukan.
Melalui program tersebut juga, pelbagai sumbangan seperti bakul makanan telah diagihkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan, memberikan mereka kegembiraan untuk menyambut perayaan dengan lebih bermakna.
-RJ-