Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

 1,000 Pengunjung Hadir Kenduri Rakyat Madani

By 24 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fikri Johari (LMS)/Pejabat Penerangan Daerah LMS

BATU KURAU, 24 Feb (MalaysiaAktif) – Lebih 1,000 orang pengunjung telah menghadiri Program Kenduri Rakyat MADANI Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau di Padang Kampung Batu Bertindan, di sini semalam.

Mohamad Mahathir ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Menurut Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Perdana Menteri, Mohamad Mahathir Mohamed Younus, program sebegini telah dirancang dengan sebaik mungkin dan berjaya menarik ramai penduduk setempat untuk datang ke program Kenduri Rakyat MADANI.

“Kenduri Rakyat Madani ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhuwah antara penduduk setempat dengan pemimpin-pemimpin tempatan yang hadir pada hari ini bagi mendengar segala permasalahan yang dihadapi terutamanya penduduk luar bandar.

“Saya berpuas hati dengan prasarana dan juga persiapan daripada agensi-agensi yang dibawakan bagi membantu penduduk-penduduk setempat menyelesaikan segala masalah yang telah dihadapi oleh mereka, tambahan pula ada dalam kalangan mereka ini sukar untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kerajaan,” ujarnya.

Antara agensi-agensi kerajaan dan swasta yang datang menawarkan perkhidmatan yang disediakan,

Tambah beliau lagi, penduduk setempat juga bertungkus-lumus dalam insiatif membersihkan kawasan setempat bagi membuat persediaan untuk menyambut bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

“Saya mengharapkan supaya program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang bagi membantu penduduk setempat, di samping dapat mengekalkan ukhuwah sesama sendiri serta membina jalinan yang kukuh agar masyarakat sedia ada ini tidak berpecah belah,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Turut hadir Ketua Komuniti MADANI Pekan Batu Kurau Muhamad Aiman Aizuddin Md Husin yang juga merupakan pengarah program tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda