Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanLabuan

12 Pelajar Cemerlang Terima RM407,170 Biasiswa MAIWP

By 27 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 27 Feb (MalaysiaAktif) – 12 orang pelajar institusi awam dalam negara dari pulau ini menerima Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang MAIWP 2024/ 2025 berjumlah RM407,170.

Md Fadzli (dua dari kiri) menyampaikan biasiswa MAIWP kepada salah seorang pelajar cemerlang di Labuan.

Menurut Pengurus Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan Md Fadzli Md Saad Kadar biasiswa diberikan berdasarkan kos yuran pengajian semasa di IPT berkaitan, elaun sara diri, yuran penginapan dan bahan bacaan.

“Semoga sumbangan ini memberi satu semangat agar mereka terus berjaya dalam pelajaran dan dapat mengubah keadaan keluarga mereka.

“Terima kasih kepada pembayar zakat yang sentiasa komited membayar zakat setiap tahun,”katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian biasiswa itu, di sini semalam.

Jelasnya, pada tahun lepas MAIWP membelanjakan RM 10 juta bagi kluster pendidikan utk para pelajar di wilayah ini.

Antara ibu bapa yang hadir.

“Selain itu, bantuan Aidilfitri sebanyak RM1,000 turut disalurkan kepada setiap keluarga penerima bantuan sara hidup yang akan diberi sebelum Ramadan dan sebelum Syawal dengan jumlah keseluruhan bantuan RM 6.5 juta.

“Seramai 180 orang pelajar asnaf dari Darul Kifayah dan Sekolah Agama MAIWP juga menerima RM300 sebelum hari raya,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda