
Laporan/foto: Anuar Che Amat
ARAU, 18 Feb (MalaysiaAktif) – Seramai 46,913 orang murid telah berdaftar untuk memulakan sesi persekolahan bagi sesi persekolahan tahun 2025/2026 di negeri Perlis.

Para guru dan Persatuan Ibu Bapa Sekolah Kebangsaan Jelempok menyambut para pelajar yang datang ke sekolah untuk memulakan sesi persekolahan 2025/2026
Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Ros Aza Arifin, berkata setakat data 14 Februari ini, seramai 26,982 pelajar direkodkan bermula pra sekolah sehingga tahun enam di 74 buah sekolah rendah di negeri ini.

Sesi minggu awal persekolahan, para pelajar didedahkan dengan aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak sekolah
Pada tahun ini, seramai 1,960 pelajar lelaki dan 1,866 pelajar perempuan telah berdaftar untuk memasuki kelas tahun satu sekolah rendah.
Beliau menyatakan demikian selepas selesai mengadakan lawatan sempena hari pertama persekolahan sesi 2025/2026 di Sekolah Kebangsaan Jelempok di sini, semalam.
“Bagi sekolah menengah pula, seramai 19,931 pelajar dari 30 buah sekolah yang terdiri dari murid pemulihan sehingga ke pelajar tingkatan enam semester tiga dicatatkan pada sesi kali ini,” katanya.
“1,892 pelajar lelaki dan 1,917 pelajar perempuan pula akan memulakan alam persekolahan bagi tingkatan satu di sekolah menengah,” ujarnya.
Tambah Ros Aza, pada minggu awal persekolahan tiada lagi sesi pembelajaraan akan dijalankan dan para pelajar akan menjalani aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak sekolah.
-AA-