Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

96 Peserta eKasih Menerima Sumbangan RM1,000 Setiap Seorang

By 26 Februari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhd Hafiz (Kuantan)

KUANTAN, 26 Feb (Malaysiakatif) – Seramai 96 peserta eKasih menerima sumbangan RM1,000 setiap seorang daripada Pusat Komuniti MADANI Parlimen Indera Mahkota, di sini semalam.

Penerima sumbangan eKasih yang hadir.

Salah seorang penerima Maslina Ahmad Mokhtar, 48, ketika ditemui, berkata sumbangan yang diterima ini amat bermakna lebih-lebih lagi menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba.

“Alhamdulillah, saya rasa bersyukur atas bantuan ini.

“Ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban menjelang bulan Ramadan nanti,” katanya.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda