Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Angpao Festival Long Lama Sebagai Simbol Keharmonian Disambut Meriah

By 12 Februari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Regina Lasia (Sarawak)

LONG LAMA, 12 Feb (MalaysiaAktif) – Angpao Festival Long Lama telah disambut dengan penuh kemeriahan oleh masyarakat setempat.

Pesta ini telah dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti upacara gimik ‘Lao Seng’, pemberian angpao kepada warga emas, persembahan bunga api, tarian singa, serta pertunjukan kebudayaan dan karaoke.

Dennis ketika berucap di Angpao Festival di sini kemarin.

Berucap pada majlis tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan Datuk Dennis Ngau, berkata keunikan Angpao Festival ialah ia bukan hanya diraikan oleh masyarakat Tiong Hua tetapi kaum-kaum lain turut serta dengan penuh semangat keharmonian dan saling menghormati antara etnik yang berbeza.

“Dengan mengenakan pakaian merah, setiap individu tidak hanya merayakan tradisi, tetapi juga memperkuat ikatan sosial dan budaya antara pelbagai etnik di Long Lama, menjadikan perayaan Angpao Festival sebagai simbol keharmonian dan kebersamaan,”ujar Dennis.

Dennis beramah mesra dengan tetamu yang hadir di Angpao Festival Long Lama kemarin.

Katanya, Angpao Festival Long Lama bukan sahaja menjadi platform untuk mengekalkan warisan budaya, tetapi juga sebagai simbol perpaduan dan kebersamaan yang terus diperkukuh di kalangan masyarakat setempat.

-RJ-

Tinggalkan komen anda