Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

BICE Buka Peluang Luas Kepada Usahawan Serta Kongsi Maklumat Hak Pengguna

By 5 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto:Lim Poh Choo (Sarawak)

Kuching, 24 Feb: (MalaysiaAktif) – Ekspo Pengguna Antarabangsa Borneo (BICE) yang telah berlangsung selama empat hari bermula dari 20 hingga 23 Februari 2025 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di sini adalah bukan sekadar pameran biasa tetapi platform perdagangan yang membuka peluang pasaran yang lebih luas kepada usahawan serta perkongsian maklumat tentang hak pengguna.

Junaina salah seorang peserta BICE yang membuka booth untuk mempromosi produk dari Sabah di BCCK semalam.

Menurut salah seorang peserta, Junaina Mohd Din, 44, yang juga Pengurus Waiz Enterprise dari Sabah berkata beliau berterima kasih kepada Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) Sabah kerana membawa mereka membuka booth untuk mempromosi produk dari Sabah.

Menurut Junaina, syarikat mereka mempunyai ejen di Brunei dan kini ingin mencari ejen dari Kuching dan Miri untuk membantu memperkenalkan dan mempromosi produk mereka.

“Syarikat kami sebenarnya baru ditubuhkan kira-kira tiga tahun dan mempunyai tiga jenis produk keluaran iaitu Popiah Sambal Ikan Bilis, Popiah Kacang Hijau dan yang paling mendapat sambutan ramai ialah Popiah Batang Buruk Rumpai Laut,” ujar Junaina semalam.

Selain itu, turut serta dalam BICE ialah agensi Jabatan iaitu Penerangan Malaysia Sarawak (JAPEN) yang bertujuan memberi infomasi kepada masyarakat.

Loseyeffer, kakitangan JAPEN turut hadir ke program BICE di sini semalam.

Menurut salah seorang kakitangannya, Loseyeffer Moni, 42, JAPEN menyediakan pelbagai maklumat / infomasi berkaitan kerajaan serta mengedar risalah berhubung inisiatif kerajaan seperti bantuan yang kerajaan salurkan.

“Selain itu, kami juga memberi info mengenai salah satu program kami iaitu program Info On Wheel (IOW),” kata Loseyeffer Moni.

-RJ-

Tinggalkan komen anda