Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanLabuan

Dana Wakaf Surau Al-Kausar Cecah RM391,256.35

By 10 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan) / MAIWP Labuan

LABUAN, 10 Feb (MalaysiaAktif) – Hasil kutipan dana wakaf Surau Al-Kausar di Pejabat Kesihatan Labuan telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM391,256.35.

Timbalan Pengarah, Jabatan Kesihatan Labuan, Ridhwan Abdullah (dua dari kanan) menerima cek cura dana wakaf Surau Al-Kausar daripada Sirajuddin

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Nai’m Mokhtar hasil kutipan sudah melebihi 50 peratus dari jumlah sasaran dana wakaf iaitu RM547,000.00.

Dr. Sirajuddin (tengah) bersama tetamu jemputan lain bergambar kenangan di atas tapak Projek Wakaf Surau Al- Kausar

“Dana wakaf ini telahpun diserahkan kepada Jabatan Kesihatan, Wilayah Persekutuan Labuan untuk memulakan operasi bagi menjayakan projek ini secara berkala dengan mematuhi semua garis panduan, tatacara dan prosedur perolehan kerajaan yang ditetapkan.

“Tahniah saya ucapkan atas kesungguhan PPZ-MAIWP mempromosikan projek pembangunan hartanah wakaf khususnya di Labuan dan telah menunjukkan prestasi yang sangat baik dalam menjana projek-projek pembangunan berbentuk kebajikan melalui dana wakaf,” katanya pada majlis pecah tanah projek itu di sini semalam.

Tambahnya, surau yang bakal dibangunkan di atas sebidang tanah berkeluasan 11,000 kaki persegi milik Jabatan Kesihatan Labuan itu dijangka mampu menampung kira-kira 200 orang jemaah pada satu-satu masa.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee.

-AA-

Tinggalkan komen anda