Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Dari Hobi Kini Bergelar Usahawan ‘Decoupage’ Berjaya

By 21 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Nurul Ain (Sarawak)

KUCHING, 21 Feb (MalaysiaAktif) – Dayang Nornizam Abang Suhailie, 45, adalah pembuat dan penjual produk-produk yang dihias dengan kraftangan decoupage seperti beg rotan, bakul rotan, mangkuk tingkat, balang biskut, tudung saji, kotak tisu dan ‘handphone holder’.

Dayang Nornizam bersama hasil kraf decoupage beliau.

Bermula dengan hobi pada tahun 2019, beliau mampu mengubah dari hobi menjadi perniagaan yang stabil dan mendapat permintaan ramai tidak hanya di Kuching malahan sehingga Semenanjung dan Sabah.

Tidak hanya berniaga, Dayang juga turut memberi tutorial atau bengkel untuk semua lapisan masyarakat yang berminat kraftangan decoupage.

Antara tempat yang sering dipilih untuk mengadakan bengkel adalah di NADI Satok Kuching dan produk-produk beliau juga dijual secara dalam talian.

“Anggaran pendapatan pada setiap bulan hampir mencecah RM3000 dan jika aktif dalam jualan anggaran pendapatan boleh mencecah RM5000,” katanya semalam.

Salah satu kraf decoupage cantik hasil tangan Dayang Norizam.

Tambahnya, perkara yang mendorong beliau ke bidang ini adalah kerana minat yang mendalam ke atas decoupage di samping itu menambah pendapatan keluarga.

Beliau terdorong untuk mengikuti kelas membuat decoupage secara atas talian dan kursus secara fizikal di Kuala Lumpur dan Jakarta, Indonesia untuk mempelajari teknik yang lebih terkini.

-RJ-

Tinggalkan komen anda