Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Dataran Banting Destinasi Riadah Santai

By 24 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amat Satem Timun (Kuala Langat)

BANTING, 24 Feb (MalaysiaAktif) – Dataran Banting yang terletak di hadapan Hospital Banting, terus menjadi tumpuan penduduk setempat untuk beriadah dan bersantai.

Dari awal pagi hingga lewat petang, suasana di sini sentiasa meriah dengan aktiviti sihat seperti berjoging, taici, senamrobik serta riadah santai bersama keluarga.

Dataran Banting menjadi pilihan pengunjung kerana terdapat beberapa kemudahan yang disediakan oleh MPKL.

Seawal pukul 6.30 pagi, kawasan ini sudah dikunjungi mereka yang ingin memulakan hari dengan gaya hidup aktif, manakala menjelang 5.00 petang, dataran ini kembali dipenuhi orang ramai, terutama pada hujung minggu yang lebih santai dan menyeronokkan.

Seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali dengan nama Normah, 46, dari Kampung Kanchong Darat, di sini, berkata beliau dan keluarga kerap beriadah di dataran ini kerana tidak terlalu jauh dari rumahnya

“Kami suka datang ke sini kerana tempatnya luas, bersih dan selamat serta.

“Kemudahan yang disediakan juga lengkap, termasuk taman permainan kanak-kanak dan tandas,” katanya yang ditemui semalam.

Antara kemudahan yang disediakan Skatepark dan Graffiti Wall.

Dataran Banting menjadi pilihan pengunjung kerana terdapat beberapa kemudahan yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) antaranya tandas awam yang bersih, tempat letak kereta yang luas serta medan selera yang berdekatan.

Dataran ini juga turut dilengkapi dengan sebuah pentas besar yang sering digunakan untuk acara dan aktiviti komuniti, menjadikan Dataran Banting terus menjadi lokasi pilihan untuk bersantai dan beriadah untuk semua peringkat umur.

-ZS-

Tinggalkan komen anda