
Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)
JOHOR BAHRU, 12 Feb (MalaysiaAktif) – Program Jualan Rahmah MADANI Kembali Ke Sekolah Negeri Johor Tahun 2025 menawarkan pelbagai barangan keperluan sekolah pada harga sehingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran semasa.

Lilis Saslinda Pornomo, berkata Program Jualan Rahmah MADANI ‘Kembali Ke Sekolah’ Negeri Johor Tahun 2025 menawarkan pelbagai barangan keperluan sekolah pada harga lebih rendah daripada harga pasaran semasa
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor Lilis Saslinda Pornomo, berkata sesi pertama program tersebut yang diadakan pada 8 dan 9 Februari lalu mendapat sambutan menggalakkan sekali gus membantu meringankan kos persediaan serta persiapan sesi persekolahan pelajar.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor Lilis Saslinda Pornomo ketika ditemuramah sempena program Influencer@JAPEN: Apa Cerita Ek?
“Di Johor terdapat empat pasaraya yang terlibat dengan Program Jualan Rahmah MADANI Kembali Ke Sekolah iaitu Pasaraya Sakan, Pasaraya Ten Ten, Pasaraya Green Point dan Gedung Big 10 yang menawarkan pelbagai barangan keperluan sekolah dengan harga lebih rendah.
“Antaranya beg sekolah, bekas air, stoking, kasut sekolah, baju uniform, baju putih dan seluar sekolah bagi pelajar sekolah rendah dan menengah,” katanya.
Tambah Lilis Saslinda, sesi kedua Program Kembali Ke Sekolah Negeri Johor akan diadakan pada 15 dan 16 Februari ini secara serentak di seluruh Johor bagi memberi peluang lebih ramai ibu bapa mencari barang-barang keperluan sekolah walaupun di saat akhir.
Beliau berkata demikian ketika ditemuramah sempena program Influencer@JAPEN: Apa Cerita Ek?, di pejabat KPDN Johor Menara Ansar.
-AA-