Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanLabuan

Enam Acara Hiasi Kalendar Pelancongan Labuan 2025

By 16 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Enam acara utama pelancongan iaitu Sambutan Hari Wilayah Persekutuan (SHWP), Labuan International Sea Challenge (LISC), Borneo Flora Festival (BFF), Merdeka Golf Trophy, Borneo Art Festival (BAF) dan Remembrance Day (RD) bakal memeriahkan sektor pelancongan Labuan.

Menurut kenyataan rasmi Perbadanan Labuan, SHWP diisi dengan Labuan Half Marathon dan Larian Wilayah Persekutuan pada 9 Februari yang telah disertai seramai 3,105 peserta.

RD yang dilaksanakan pada tahun lalu.

“SHWP dimeriahkan lagi dengan Karnival Wilayah Persekutuan Kita yang diadakan pada 21 hingga 23 Februari 2025 yang dijangka akan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa,” menurut kenyataan itu kelmarin.

Jelasnya, LISC diadakan pada 25 hingga 27 April nanti dengan masih mengekalkan Cabaran Memancing Laut Dalam (Deep Sea Fishing Challenge) di Pulau Layang-layang, Kepulauan Spratly.

“Acara Cabaran Berkayak Mengelilingi Pulau, Kayak Maraton Mini, Regatta Race (perahu layar) dan aktiviti sokongan yang lain turut diadakan.

“Bagi peminat acara BAF, BAF akan diadakan pada 26 hingga 28 September 2025 di Kompleks Ujana Kewangan Labuan dan bakal menarik penyertaan khasnya dari negara anggota BIMP-EAGA,” jelas kenyataan itu.

Manakala acara RD akan diadakan pada 9 November nanti di World War II Memorial, Jalan Tanjung Batu yang bakal dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi Negara Komenwel dan ahli keluarga perajurit yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua.

LISC tetap dinantikan para peserta dan peminat sukan air dari dalam serta luar negara.

“Selain itu, keistimewaan pada tahun ini ialah penganjuran BFF yang buat julung kali diadakan pada 26 hingga 30 Julai 2025 bertemakan ‘Borneo Tropical Flora’ di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.

“Pengunjung akan berpeluang menyaksikan keindahan bunga-bunga dengan dekorasi landskap dari Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Sabah, Sarawak dan beberapa pavilion flora dari badan korporat, IPT (Institut Pengajian Tinggi) dan sekolah,” kata kenyataan itu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda