
Laporan/foto: Syafiq Jamloh/Ahmad Farid Abu Bakar (Pekan)
PEKAN, 17 Feb (MalaysiaAktif) – Sebanyak 144 kotak sumbangan berupa barangan keperluan asas disampaikan kepada golongan asnaf dan ibu tunggal kariah Masjid Al-Amin, Kampung Sri Damai sempena Program Jom Ke Masjid, di sini kelmarin.

Mohmed Puzi ketika menyampaikan ucapan sempena Program Jom ke Masjid.
Menurut Ahli Parlimen Pekan Datuk Sri Sh Mohmed Puzi Sh Ali, penyampaian bantuan kotak sumbangan ini melambangkan keprihatinan dan kasih sesama penduduk setempat di samping sebagai tanda keprihatinan kerajaan perpaduan.
“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban mereka yang memerlukan dan menjadi asbab keberkatan dalam kehidupan kita semua,” katanya.
Pada majlis yang sama juga, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi membaik pulih pagar kawasan tanah perkuburan Kampung Sri Damai.

Hadirin serta penerima sumbangan pada Program Jom ke Masjid.
Hadir sama ialah Ahli Majlis Bandaraya Kuantan merangkap Penaung Pertubuhan Gagasan Anak Damai (GAD) Dr. Mohd Qiuzi Iqbal Mohd Sabari dan Mantan Ahli Dewan Negeri Pulau Manis Datuk Khairuddin Mahmud.
-ZS-