
Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bashsyar Abdullah (Kedah)
ALOR SETAR, 28 Feb (MalaysiaAktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar golongan muda bukan hanya bijak dari segi ilmu yang diperolehi tetapi perlu mempunyai nilai adab dan akhlak yang tinggi.

Ketibaan Perdana Menteri ke (AIU).
“Ini penting kerana cuba anda lihat di ASEAN yang kebetulan saya telah mempengerusikannya tahun ini, ketika saya berada di Vietnam, kita bercakap tentang asas kemajuan berasaskan peraturan, siapa yang peduli dengan peraturan sekarang.
“Jadi itulah sebabnya cabaran utama golongan muda, anda kena ada ilmu, kena rajin dan kena banyak membaca barulah anda mempunyai rasa keyakinan yang tinggi,” katanya.
Anwar berkata demikian di Sesi Ramah Mesra Pelajar Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) di Dewan Konvokesyen AIU, di sini semalam.

Para pelajar yang turut hadir di sesi ramah mesra bersama Perdana Menteri.
Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Naib Canselor AIU Professor Datuk Ir. Mohd Saleh Jaafar.
-ZS-