Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Gotong-Royong Mega Pemulihan Kawasan Terjejas Banjir Daerah Miri

By 20 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Rokayah Gobik (Sarawak)

MIRI, 20 Februari (MalaysiaAktif)– Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Program Gotong-royong Mega Pemulihan Kawasan Terjejas Banjir Daerah Miri bermula sejak 6 Februari lepas.

Tujuan gotong-royong tersebut adalah bertujuan membantu pemulihan kawasan yang terjejas akibat banjir di Daerah Miri yang berlaku baru-baru ini.

Penyerahan sumbangan yang disampaikan Lee Kim Shin kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri.

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin selaku menteri yang bertanggungjawab untuk JPBB Miri berkata, sejumlah 125,560 kilogram (125.56 tan) berat sampah yang terkumpul selepas bencana banjir.

“Kita telah turun ke lapangan memantau bersama pihak Pejabat Residen, Pejabat Daerah dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana mengenal pasti sistem perparitan yang tersumbat disebabkan sampah sarap hingga menyebabkan air tidak dapat mengalir ke sungai.

Suasana mesyuarat bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri.

“ Semua kawasan terjejas telah dibersihkan dan merakamkan penghargaan kepada semua pihak khususnya komuniti, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan yang terlibat seramai 1,058 orang,” ujarnya di Pejabat Residen Bahagian Miri, Kompleks Islam Sarawak Miri semalam.

Sementara itu Residen Bahagian Miri, Galong Luang memberitahu pada Sabtu ini turut akan diadakan adalah pembersihan kawasan yang terjejas di Kampung Lereng Bukit, Miri.

-RJ-

Tinggalkan komen anda