
Laporan/foto: M Zakry Chan/FB Ab Rauf Yusoh
TANJUNG BIDARA, 17 Feb (MalaysiaAktif) – Majlis Penutup Karnival Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati dan Badan Beruniform Piala Ketua Menteri Melaka Tahun 2025 telah berlangsung semalam bertempat di Pantai Tanjung Bidara.

Pertandingan tarik tali antara badan beruniform
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata bahawa penganjuran dua kejohanan yang julung kali diadakan ini akan menjadi satu wadah penting untuk memperkukuh jaringan kerjasama strategik sekali gus merapatkan ukhwah silaturahim antara tentera, agensi kerajaan dan masyarakat.

Antara pertujukkan yang menjadi tumpuan
“Kejohanan sukan ini juga sebagai satu inisiatif untuk merapatkan hubungan antara badan beruniform yang sememangnya memainkan peranan penting menjaga keselamatan dan keamanan lebih-lebih lagi, negeri kita bakal berhadapan dengan pelbagai acara-acara berskala besar dari semasa ke semasa.
“Melalui kejohanan sukan ini juga, ia mempamerkan impak yang amat signifikan untuk terus memperkasa sistem penguatkuasaan dan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di samping menzahirkan penghormatan terhadap jasa anggota badan beruniform.
“Apatah lagi, kerajaan negeri sentiasa cakna dengan penglibatan masyarakat, menerusi program-program seumpama ini bagaikan ājambatanā bagi mengeratkan hubungan pasukan beruniform dengan rakyat,” ujar beliau ketika berucap merasmikan programĀ tersebut.
-AA-