Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

IPD Baru Sik Penuhi Hasrat Perkhidmatan Terbaik

By 20 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Yusmila Yusof/IPD Sik (Sik)

SIK, 20 Feb (MalaysiaAktif) – Pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik yang baharu merupakan satu usaha pasukan untuk memastikan semua warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat berkhidmat dengan lebih baik dan selesa sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Ucapan perasmian oleh Datuk Seri Khaw Kok Chin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman, CP Datuk Seri Khaw Kok Chin, berkata daerah Sik adalah kawasan pedalaman yang bersempadan dengan daerah Baling, Padang Terap, Pendang, Kuala Muda dan juga negara Thailand.

“Dengan kekuatan anggota yang ada, diharap ianya dapat memastikan keamanan dan kesejahteraan daerah Sik sentiasa terpelihara,” katanya ketika Majlis Perasmian IPD Sik, di sini semalam .

Kata, sebagai anak jati Kedah, beliau turut merasa bangga kerana daerah-daerah luar Bandar di Kedah tidak ketinggalan dalam aspek pembangunan insfrastruktur dan aspek keselamatan serta pencegahan jenayah setanding insfrastruktur yang terletak di bandar-bandar besar.

IPD Sik yang berkeluasan 7.42 hektar ini mengambil masa pembinaan selama lima tahun

Ketua-Ketua Polis Daerah yang hadir.

dan telah beroperasi pentadbirannya pada 26 September 2005.

Turut diadakan sesi menandatangi Plak Perasmian IPD dan diakhiri dengan sesi penanaman pokok simbolik perasmian.

Majlis yang penuh bersejarah ini turut dihadiri Ketua Polis Kedah CP Datuk Fisol Salleh, Timbalan Pengarah JSJN (Risikan/Operasi) Bukit Aman DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali, Timbalan Ketua Polis Kedah DCP Adzli Abu Shah dan Pegawai Daerah Sik Faisal Rizal Mohammad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda