Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Jambatan Muhibah Pekan Cina Lambang Kepelbagaian Kaum di Kedah

By 17 Februari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bashsyar Abdullah (Kedah)

ALOR SETAR, 17 Feb (MalaysiaAktif) – Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Kedah Tahun 2025 telah disempurnakan oleh Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Jambatan Muhibah, Pekan Cina Alor Setar, semalam.

Turut diserikan dengan tarian singa

Pemilihan Jambatan Muhibah, Pekan Cina sebagai tapak sambutan adalah bagi mempromosikan jambatan berkenaan sebagai salah satu kawasan bersejarah di Bandaraya Alor Setar di mana kebanyakan bangunan di sekitar kawasan Pekan Cina telah dibina pada tahun 1912 dan kawasan tersebut pernah menjadi pelabuhan bagi persinggahan kapal yang keluar masuk dari luar dan dalam negeri melalui Sungai Kedah, Sungai Anak Bukit dan Sungai Raja.

Antara persembahan kebudayaan Cina

Majlis tersebut turut diserikan dengan tarian singa, persembahan kebudayaan cina dan upacara menggaul ‘lao sheng’.

Upacara kemuncak pada malam tersebut adalah upacara membuang limau ke dalam sungai sempena perayaan Chap Goh Mei dan dengan disertai beberapa das tembakan bunga api.

-AA-

Tinggalkan komen anda