Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

JAPEN Lundu Adakan Sesi Libat Urus bersama NADI

By 7 Februari 2025Februari 13th, 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Aishah Latip/Connie Lee

LUNDU, 7 Feb (MalaysiaAktif)– Jabatan Penerangan Daerah Lundu hari ini mengadakan sesi libat urus bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Daerah Lundu dalam usaha menjalin kerjasama strategik demi manfaat komuniti MADANI.

Pegawai Penerangan Daerah Lundu menyampaikan bahan terbitan kepada Pengurus Nadi Lundu Siti Amirah.

Pengurus NADI Lundu, Siti Amirah Mohamad Pauzi, 32 tahun, menyambut baik kehadiran delegasi Pejabat Penerangan Daerah Lundu dalam sesi libat urus pada hari ini dalam menyediakan platform untuk komuniti berdasarkan lima teras utama iaitu keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri dan kesedaran dan inisiatif kerajaan.

“Pendekatan baharu ini bukan sahaja untuk memperkasakan masyarakat tetapi juga memastikan peluang dan akses yang sama rata untuk memenuhi keperluan unik setiap komuniti, “ katanya.

Beliau turut memuji jalinan kerjasama erat antara NADI Lundu dan Pejabat Penerangan Daerah Lundu melalui program komuniti MADANI yang memainkan peranan penting dalam menyebarluas pelbagai inisiatif dan perkhidmatan NADI.

-RJ-

Tinggalkan komen anda