
Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)/JKR Pekan
PEKAN, 13 Feb (Malaysiaaktif) – Kekerapan beberapa kemalangan yang berlaku di pusingan U ‘berhantu’ Jalan Pekan – Kuantan berhampiran Taman Perumahan LKNP telah memberikan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Pekan beberapa idea sebagai ikhtiar untuk mengurangkan kemalangan di kawasan tersebut.

Antara kemalangan yang berlaku di kawasan pusingan U ‘berhantu’.
Antara ikhtiar yang dilakukan adalah dengan meletakkan plastic barrier, blinker dan terkini tranverse bar untuk memperlahan kenderaan di kawasan tersebut.
Menurut Jurutera JKR Daerah Pekan Ir. Ts. Norfaizal Mohamed Salleh, speed breaker tranverse bar yang sedang dilaksanakan di pusingan U ini dibuat sebagai ikhtiar terbaru pihak JKR bagi mengurangkan kemalangan kenderaan di kawasan ini.

‘Tranverse bar’ yang telah siap bagi mengelakkan kemalangan.
“Saya berharap kepada pengguna jalan raya mematuhi had laju di kawasan tersebut yang hanya 60 kilometer sejam sahaja,” ujar beliau ketika dihubungi Malaysia Aktif, semalam.
-ZS-