Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Johor Bakal Lahirkan 10,000 Pekerjaan Berkemahiran dan Berpendapatan Tinggi

By 19 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor)

JOHOR BAHRU, 19 Feb (MalaysiaAktif) – Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) dan Kerajaan Negeri Johor bakal melahirkan 10,000 pekerjaan berpendapatan tinggi sepanjang tahun ini menerusi rancangan penubuhan Lembaga Penasihat Industri (Industry Advisory Board) yang dianggotai syarikat antarabangsa dan peneraju industri disetiap institusi pendidikan dan kemahiran di Johor.

Pada Hari Libat Urus Industri JTDC, Aznan turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jskills dengan Politeknik Republik (RP) dan EPI Singapura yang merupakan antara institut latihan pusat data terkemuka dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pendidikan negeri Aznan Tamin, berkata JTDC akan melaksanakan Program Juruteknik Pusat Data secara berstruktur dan sistematik yang pertama pada 1 Mac ini di bawah Kolej Kemahiran Johor dengan kerjasama Lead Future Holding.

“Program yang pertama seumpamanya dalam negara ini akan mengisi 200 kekosongan jawatan yang telah dikenal pasti beserta jaminan pekerjaan dengan tawaran gaji bermula RM3,500 hingga RM4,000 bagi kelulusan minimum Diploma.

“JTDC juga telah mengenal pasti 510 pekerja sedia ada dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang akan menjalani program peningkatan kemahiran PRO-MAHIR (Program Latihan Kemahiran Johor) bagi meningkatkan kemahiran masing-masing dengan lonjakan gaji daripada RM2,000 sebulan ketika ini menjadi RM3,000 hingga RM3,500 sebulan setelah tamat program,” katanya ketika merasmikan Hari Libat Urus Industri JTDC di Menara Komtar JBCC, di sini semalam.

Menerusi sesi libat urus tersebut, JTDC telah mempertemukan lebih 50 syarikat peneraju industri dengan institusi pengajian tinggi di seluruh Johor untuk berunding bagi melaksanakan anjakan kurikulum secara besar-besaran supaya selaras dengan keperluan sebenar pasaran kerja.

Hari Libat Urus Industri JTDC mempertemukan lebih 50 syarikat peneraju industri dengan institusi pengajian tinggi di seluruh Johor untuk berunding bagi melaksanakan anjakan kurikulum secara besar-besaran supaya selaras dengan keperluan sebenar pasaran kerja.

Tambah Aznan, JTDC bersama Pusat Pembangunan Kemahiran Johor (Jskills), Kolej Kemahiran Johor dan beberapa institut lain juga sedang membangunkan Akademi Pusat Data yang akan disokong oleh Syarikat Microsoft dan EPI Singapura yang merupakan institut latihan terkemuka dunia dalam bidang digital dan teknologi.

Turut hadir Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, Pengarah Bahagian Hubungan Industri Jabatan Pendidikan Tinggi Datuk Dr. Mohd Sharil Abdullah dan Ketua Pegawai Bakat JCorp Mohammad Najmie Noordin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda