Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

JPBB Miri Laksana Program Gotong Royong Perdana

By 26 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Zamri Mohamad (Sarawak)

MIRI, 25 Februari (MalaysiaAktif) – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri telah berjaya melaksanakan Program Gotong Royong Perdana di bawah Program Pemulihan Kawasan Terjejas Banjir dan Tanah Runtuh di Kampung Lereng Bukit dan di Pantai Marina di sini semalam.

Lee Kim Shin (kemeja kuning) turut serta pada Program Pembersihan pantai di sini semalam.

Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab JPBB Miri Dato Sri Lee Kim Shin ketika berucap pada program itu memberitahu, program Gotong Royong Pembersihan Pantai Marina, Miri perlu dijadikan satu inisiatif berpanjangan dalam tempoh satu hingga dua tahun untuk mengatasi masalah pencemaran pantai tersebut secara menyeluruh.

Beliau menegaskan, operasi pembersihan pantai ini memerlukan usaha yang konsisten bagi memastikan pantai di Miri benar-benar bersih dan pada masa yang sama meminta supaya satu kajian dijalankan untuk mengenal pasti punca pencemaran pantai serta mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab.

Sebahagian sukarelawan yang turut serta pada Program Gotong Royong di Kampung Lereng Bukit.

“Dalam usaha kebersihan pantai di Miri, kerjasama Majlis Bandaraya Miri (MBM) perlu menjalankan program kebersihan secara berkala, dengan pembahagian sukarelawan dan agensi-agensi berkaitan mengikut giliran untuk bersama-sama menjayakan program ini demi menjamin kebersihan pantai Miri terpelihara,” katanya semalam.

Bencana banjir yang melanda Miri baru-baru ini telah menyebabkan peningkatan jumlah sampah di kawasan pantai yang menjejaskan pemandangan dan kebersihan persekitaran.

Sebelum ini program gotong-royong yang sama turut diadakan di Kampung Lereng Bukit pada 22 Februari 2025.

-RJ-

Tinggalkan komen anda