
Laporan/Foto : Iswandi Kassim (Sarawak)
SRI AMAN, 27 Feb (MalaysiaAktif) â Tebingan air Sri Aman atau lebih dikenali dengan nama âWaterfrontâ Sri Aman menjadi saksi kepada pelancaran Karnival Kraf Sri Aman 2025, sebuah acara yang diraikan dengan penuh warna-warni dan semangat kebudayaan.
Karnival yang berlangsung dari 26 Februari hingga 2 Mac 2025 itu diadakan bagi memartabatkan warisan seni kraf tradisional serta memperkukuhkan ekonomi tempatan, khususnya bagi usahawan kraf di Sarawak.

Snowdan semasa berucap merasmikan Karnival Kraf Sri Aman 2025 di sini semalam.
Majlis perasmian karnival telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Snowdan Lawan.
Dalam ucapannya, Snowdan menekankan kepentingan pemeliharaan seni kraf sebagai identiti budaya negeri Sarawak.
âKraf tangan adalah cerminan warisan budaya kita yang perlu dipelihara dan disemarakkan untuk generasi akan datang dan melalui acara seperti ini, kita dapat memberi penghargaan kepada penggiat kraf serta membuka ruang kepada mereka untuk terus berkembang,â katanya di sini semalam.
Tambahnya, karnival tersebut bukan sahaja menyediakan platform untuk pengusaha tempatan memasarkan produk mereka, malah turut menjadi medan perkongsian ilmu dan kemahiran melalui pelbagai aktiviti seperti demonstrasi pembuatan kraf dan bengkel interaktif.
“Dengan kehadiran ratusan usahawan kraf dari pelbagai daerah di Sarawak, karnival ini dijangka memberikan impak positif kepada ekonomi tempatan,â ujarnya lagi.

Snowdan yang turut ditemani oleh Angelina (dua kiri), melawat booth pameran kraf.
Antara produk kraf yang dipamerkan termasuk anyaman tikar rotan, tenunan pua kumbu, tembikar, ukiran kayu, serta aksesori berasaskan bahan semula jadi. Pengunjung juga berpeluang melihat sendiri kehalusan kerja tangan pengusaha kraf serta memahami proses pembuatannya.
Menurut Pengerusi Persatuan Pengusaha Kraftangan Simanggang, Angelia David Langi, 46, acara tersebut memberikan peluang kepada artisan tempatan untuk memperluaskan jaringan perniagaan mereka.
âKami amat berterima kasih atas penganjuran karnival ini kerana ia membuka lebih banyak peluang kepada pengusaha kraf untuk memasarkan hasil kerja kami ke peringkat lebih luas,â katanya.
Menurut beliau, selain mempromosikan industri kraf, karnival ini turut menjadi tarikan pelancongan dengan pelbagai persembahan kebudayaan dan acara interaktif.
Pengunjung berpeluang menikmati persembahan tarian tradisional seperti âNgajat Ibanâ dan âBerkunjung Orang Uluâ, diiringi muzik alat tradisional seperti sape dan gendang selain merupakan ruang terbaik untuk menggabungkan elemen tradisi dengan inovasi, sekali gus membuka peluang kepada masyarakat untuk menikmati serta mengambil bahagian dalam warisan seni tempatan.
-RJ-