Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanSabah

Keberanian Menempuh Cabaran Demi Realisasikan Impian

By 19 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 23 Feb (MalaysiaAktif) – Bagi sesetengah orang, pekerjaan sebagai ‘porter’ mungkin dipandang rendah, namun di sebalik setiap langkah yang diambil, tersimpan kisah inspirasi yang mampu menjadi motivasi kepada orang ramai.

Menurut Jvy Mius, seorang porter berpengalaman di Gunung Kinabalu, berkongsi bahawa pendaki memerlukan sokongan mereka bagi memastikan perjalanan berjalan lancar.

Jvy ketika ditemu bual dalam program iNSPO@JAPEN Sabah bersama Sunday .

“Porter adalah tulang belakang bagi setiap pendaki. Kami yang mengangkat barang dan memastikan keperluan mereka dipenuhi sepanjang perjalanan.

“Setiap hari, kami bangun awal, membawa beban berat, dan memastikan semua barang tiba dengan selamat ke puncak. Tanggungjawab ini bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga demi keselamatan serta keselesaan pendaki,” katanya ketika ditemubual dalam program iNSPO@JAPENSabah, anjuran Jabatan Penerangan di sini kemarin.

Selain bergelar porter, Jvy turut menjalankan perniagaan produk berasaskan halia iaitu “Haliah” yang terhasil daripada pengalaman peribadinya.

“Saya sendiri mengamalkan penggunaan “Haliah” untuk meningkatkan tenaga ketika mendaki.

“Oleh itu, saya mahu berkongsi manfaat ini dengan orang lain, bukan sekadar untuk keuntungan, tetapi kerana saya merasakan “Haliah” memberi manfaat kepada orang lain juga selain sambil mengembangkan diri dalam perniagaan,”kongsinya.

Jvy menegaskan kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Walaupun telah mencapai kejayaan dalam beberapa bidang, beliau masih memilih untuk melanjutkan pelajaran demi meningkatkan diri.

“Ilmu sangat penting. Walaupun umur saya sudah 27 tahun, saya percaya tiada istilah terlambat untuk menimba ilmu.

“Saya tetap mahu berusaha untuk memperbaiki diri dan tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian semasa,” ujarnya penuh bersemangat.

Dalam pada itu, Jvy turut berpesan kepada golongan muda agar berani menghadapi cabaran dan tidak takut keluar dari zon selesa.

“Jangan ragu untuk mencuba sesuatu yang baru. Kejayaan tidak datang tanpa usaha. Apa yang kita lakukan hari ini akan menentukan masa depan kita.

“Saya sendiri memilih untuk terus belajar kerana ilmu bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga untuk membantu orang lain,”jelasnya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda