
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)
SELAYANG, 10 Feb (MalaysiaAktif) – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyeru rakyat mengekalkan keamanan dan keharmonian negara yang kini berada di landasan terbaik di pimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kelihatan pelbagai kaum hadir meraikan Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat parlimen Selayang dan DUN Sungai Tua di Selayang Baru
Katanya, ia terbukti apabila Malaysia meningkat sembilan anak tangga dalam Indeks Keamanan Global 2024 (GPI) untuk menduduki tempat ke-10 sebagai antara negara paling aman di dunia.

Kehadiran selebriti Helmi Gimik menarik perhatian orang ramai untuk merakamkan gambar bersama
“Walaupun terdapat pihak tertentu memainkan isu kaum dan agama untuk kepentingan politik mereka.
“Namun rakyat menerima pendekatan madani menyebabkan GPI 2024 naik ke tangga 10 daripada 165 buah negara berbanding di kedudukan 19 tahun sebelumnya,” jelasnya.
Menurutnya, GPI sangat penting untuk menarik pelabur luar datang ke negara ini samada selamat atau sebaliknya.
“Kekalkan keamanan, perpaduan, keharmonian dan rasa saling hormat supaya kita boleh kita angkat negara ini lebih baik daripada keadaan sebelumnya.
“Ini negara milik kita bersama, milik semua rakyat Malaysia,” tegas beliau.
Saifuddin berkata demikian semasa hadir di sambutan Tahun Baharu Cina parlimen Selayang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Selayang Baru, di sini semalam.
Turut hadir, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer Anfaal Saari.
-AA-