Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kelantan Cycling Challenge 2025 Terima Sambutan Hangat

By 14 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wee Kim Been

MACHANG, 22 Feb (MalaysiaAktif) – Kelantan Cycling Challenge 2025, yang berlangsung di daerah Machang semalam dan hari ini, mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan hampir 200 peserta dari seluruh negara.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan dengan sokongan geran padanan daripada Kementerian Belia dan Sukan.

Lelaki Bawah 15 Tahun dimenangi oleh Mohd Danil Mod Rizwan dari negeri Kedah,

Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan Sakri Abdullah, berkata kejohanan ini bertujuan mempromosikan aktiviti berbasikal sebagai gaya hidup sihat serta menarik lebih ramai peminat sukan berbasikal di Kelantan dan seluruh Malaysia.

“Kami mahu menjadikan sukan berbasikal sebagai satu aktiviti sihat dan menyeronokkan, selain memberi peluang kepada peserta untuk mengasah bakat serta bersaing di peringkat lebih tinggi,” katanya.

Kejohanan tahun ini dibahagikan kepada beberapa kategori dengan tawaran hadiah lumayan.

Bagi kategori Terbuka Lelaki, johan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500, manakala kategori Terbuka Wanita menawarkan hadiah RM300 kepada pemenang utama. Untuk kategori Lelaki Bawah 15 Tahun, johan menerima RM250.

Mohd Danil Mohd Rizwan, 14, dari Kedah, yang menjuarai kategori Lelaki Bawah 15 Tahun, meluahkan rasa teruja dengan pencapaiannya.

“Kejohanan ini memberikan saya pengalaman berharga dan menyuntik semangat untuk terus aktif dalam sukan berbasikal,” katanya.

Sementara itu, Anuar Manan, pelumba dari RCF Cycling Team, berjaya mempertahankan kejuaraannya dalam kategori Men Master (35-45 tahun).

“Saya amat bersyukur dapat mengekalkan kemenangan tahun ini dan berharap dapat terus beraksi di kejohanan akan datang,” ujarnya kepada Malaysia Aktif, hari ini.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Mohd Saipuddin Zakaria.

Dengan kejayaan penganjuran tahun ini, Kelantan Cycling Challenge terus membuktikan potensinya sebagai acara berbasikal utama di negeri ini, sekali gus memperkasakan budaya sukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda