Skip to main content
Berita Tempatan

‘Kembali Fitrah’ Usaha Pulihkan Klien RPDK

By 20 Februari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin(Pekan)/AADK Pekan

PEKAN, 20 Feb (MalaysiaAktif) – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Pekan sentiasa berusaha untuk memastikan Klien Rawatan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) bebas dan kembali ke pangkuan masyarakat.

Pegawai Daerah Pekan Azora @ Ahmad Shamsudin semasa berucap di program berkenaan.

Susulan itu Program ‘Kembali Fitrah’ Klien Rawatan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) telah diadakan di Masjid Tengku Ampuan Fatimah Kampung Padang Polo, di sini kelmarin semalam yang bertujuan memastikan klien RPDK yang sedang menjalani proses Rawatan Pemulihan Dadah terutama dari kawasan Tanah Kesultanan sentiasa mematuhi syarat-syarat pengawasan sehingga berjaya membebaskan diri dari gejala tersebut.

Dalam ucapan perasmian, Pegawai Daerah Pekan Azora @ Ahmad Shamsudin, berkata Klien RPDK juga merupakan insan yang dicipta Yang Maha Esa.

“Setiap manusia ada kekuatan dan kelemahannya dan kesilapan silam jangan diulang.

Klien RPDK Pekan mengikut ceramah dalam pengisian majlis.

“Ambillah kesempatan untuk berubah ‘Kembali Fitrah’ bersempena bulan Ramadan yang bakal tiba,” katanya.

Mereka juga diingatkan untuk tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa menduduki kawasan Tanah Kesultanan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda