Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kesedaran Awal Bantu Cegah Kanser Mulut

By 10 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Yusoffirman/IlmanAzman

TEMERLOH, 24 Feb (MalaysiaAktif) – Kesedaran awal terhadap kanser mulut dapat membantu pencegahan kanser mulut daripada merebak.

Kira-kira 500 pengunjung hadir sepanjang berlangsungnya program.

Menurut Timbalan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Pahang Dr. Aznilawati Abd Aziz, antara faktor risiko kanser mulut adalah tabiat merokok, mengunyah tembakau, mengunyah sireh bersama pinang atau tembakau, minuman beralkohol dan sinaran cahaya ultraungu (UV).

“Saringan kanser mulut akan dilakukan kepada semua pesakit baharu yang hadir ke klinik pergigian dan program kemasyarakatan,” ujarnya di Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Mulut Peringkat Negeri Pahang Tahun 2025, di sini kelmarin.

Dalam ucapannya di sambutan bertemakan  ‘Be Aware, Be Early, Your Mouth Matters’, Dr. Aznilawati, berkata seramai 173,727 orang pesakit telah menjalani saringan kanser mulut pada tahun 2024 di negeri Pahang.

“Kes kanser mulut telah dikenal pasti dengan semua kes berada di tahap tiga dan empat dan majoriti melibatkan pesakit yang berumur 40 tahun ke atas.

Antara tarikan adalah trak Wellness on Wheels (WoW) Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.

“Saya berharap agar lebih ramai orang melakukan saringan kanser mulut di klinik pergigian ataupun mana-mana program kemasyarakatan melibatkan Pejabat Kesihatan Pergigian,” katanya.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakanantaranya pemeriksaan dan rawatan pergigian, pemeriksaan kesihatan, pameran dan lain-lain yang menyasarkan semua lapisan masyarakat.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Temerloh Rosmelah Awang sebagai wakil rasmi Pegawai Daerah Temerloh.

-ZS-

Tinggalkan komen anda