Skip to main content
Berita TempatanBerita Timur

Komitmen Ibu Bapa Penting bagi Kemajuan Pendidikan Anak-anak

By 21 Februari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Yusoffirman/Nik Muhammad Ilman (Temerloh)

TEMERLOH, 21 Feb (MalaysiaAktif) – Kerjasama dan komitmen yang baik daripada ibu bapa amat penting bagi memastikan pendidikan pelajar mencapai tahap optimum.

Pelajar Tingkatan Satu SMK Kerdau teruja sebagai pelajar baru di sekolah menengah.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau Zuraidah Awaludin, berkata kerjasama dan komitmen ini turut menentukan prestasi kemajuan pendidikan anak-anak.

“Guru-guru dan ibu bapa serta penjaga adalah insprasi kecemerlangan tahap pendidikan sekolah dan saya menyeru agar ibu bapa dapat memberikan kerjasama yang baik dalam kemajuan pendidikan anak-anak,” katanya ketika berucap merasmikan Taklimat Khas kepada ibu bapa, penjaga serta pelajar Tingkatan Satu, di sini hari ini.

Ibu bpa dan penjaga memberi sepenuh tumpuan kepada taklimat yang diberikan.

Taklimat berkenaan turut memberi pendedahan kepada ibu bapa, penjaga dan pelajar Tingkatan Satu dengan pelbagai maklumat persekolahan, bantuan persekolahan, serta banyak lagi informasi kepada pelajar yang baru melangkah ke sekolah.

Rata-rata pelajar berasa teruja dengan dunia baru sebagai pelajar sekolah menengah, manakala ibu bapa dan penjaga mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang berusaha keras memastikan semua maklumat dapat disampakan kepada mereka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda