Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Komuniti MADANI Kampung Lintang Balingian Buka Tirai Slot Khas Program Komuniti MADANI X NADI

By 17 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Matsukarmi Suani / Rizalman Daim (Sarawak)

BALINGIAN, 17 Feb (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI Kampung Lintang Balingian telah membuka tirai Slot Khas Program Komunti MADANI X NADI di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Balingian.

Vicky menyampaikan taklimat semasa Program KM X NADI di sini semalam.

Menerusi taklimat yang disampaikan oleh Pengurus NADI Balingian Vicky Victoria Albert Bush, 41, program itu dapat memberi manfaat kepada para peserta dengan merapatkan jurang digital antara kumpulan komuniti khususnya di luar bandar dan kawasan yang kurang liputan perkhidmatan.

β€œNADI juga berperanan memperkasakan komuniti melalui pelbagai program latihan bagi membantu meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan jurang sosioekonomi serta menyebarluaskan maklumat yang tepat, terkini dan betul kepada masyarakat,” katanya semalam.

Pelbagai pendedahan dan inisiatif berkenaan NADI dan Program Perkhidmatan Pintar dikongsikan kepada para peserta berkenaan penggunaan teknologi Internet dan meningkatkan taraf ekonomi melalui kemudahan yang disediakan.

Matsukarmi (kanan) menyampaikan ucapan semasa Program KM X NADI semalam.

Terdahulu Pegawai Penerangan Daerah Kecil Balingian, Matsukarmi Suani, 41, menyatakan terdapat dua buah Komuniti MADANI iaitu Kuala Mas Balingian dan KM 3 Sungai Balingian turut akan mengikuti slot khas seperti itu.

Turut hadir ialah Ketua Cawangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Bintulu, Shaiful Sandi.

-RJ-

Tinggalkan komen anda