Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Komuniti Madani Kampung Peros Sambut Baik Slot Khas Program Komuniti MADANI X NADI

By 17 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Sumardi Sugiman/Denny Asip (Sarawak)

BAU, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Ketua Komuniti MADANI Kampung Peros Sata Najoi, menyambut baik program baharu Jabatan Penerangan bersama NADI dan menyatakan keazaman ahli-ahlinya menjayakan program tersebut.

Sata (tiga dari kiri) menyatakan ahli-ahli Komuniti MADANI Kampung Peros menyambut baik program ini dan menyatakan kesediaan menyertai program ini.

Katanya, program tersebut menjadi platform untuk mengetahui bahawa NADI bukan sahaja menyediakan perkhidmatan penggunaan Internet yang lebih murah malahan lebih banyak manfaat dan kemudahan yang bakal diperoleh sekiranya Komuniti MADANI menjadi ahli NADI.

“ Antara manfaatnya adalah sesi pembelajaran yang boleh membantu meningkatkan sosioekonomi keluarga, penggunaan Chatbot AIFA untuk menyemak berita palsu dan hotline 997 NSRC selain kepentingan keselamatan dalam talian kepada rakyat Malaysia,” ujarnya semalam.

Sementara itu, Pengurus NADI Krokong, Brodie Job, 28 tahun turut menyambut baik kerjasama ini yang bakal memberi banyak manfaat kepada Komuniti MADANI dan masyarakat sekitar.

Sumardi memaklumkan peserta program turut diberi pendedahan mengenai maklumat Chatbot AIFA, Talian 997 NSRC dan keselamatan dalam talian.

Program tersebut adalah Kerjasama antara Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Bau dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Krokong dalam usaha memperkasa Komuniti MADANI Kampung Peros ke arah membudayakan masyarakat celik IT dan pendigitalan agar peserta dapat ekses kepada perkhidmatan dan bantuan kerajaan menerusi Slot Khas Program Komuniti MADANI X NADI pada 22 Februari ini.

“JAPEN Bau pada tahun ini akan giat meneruskan siri jelajah libat urus ke NADI yang lokasinya berhampiran Komuniti MADANI bagi melaksanakan program ini.

“NADI Krokong merupakan lokasi kedua program dan tumpuan kali ini memperkasa Komuniti MADANI Kampung Peros selepas kejayaan program pertama melibatkan NADI Tanjung Bowang bersama Komuniti MADANI Kampung Daun Singai,” kata Pegawai Penerangan Daerah Bau, Sumardi Sugiman.

-RJ-

Tinggalkan komen anda