Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Komuniti MADANI Pulau Jawa Sepakat Baiki Padang Sekolah

By 17 Februari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Komuniti MADANI Pulau Jawa

PEKAN, 17 Feb (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI Pulau Jawa mengambil inisiatif bergotong royong menyelamatkan padang Sekolah Kebangsaan Seri Maulana yang rosak sebelum bermulanya sesi persekolahan.

Ahli Komuniti Madani Pulau Jawa bergotong royong membina penghadang

Menurut Ketua Kampung Pulau Jawa merangkap Pengerusi Komuniti MADANI Nazeri Hussain, padang ini rosak akibat kenderaan ibu bapa yang masuk ke kawasan untuk mengambil anak dari sekolah semasa musim tengkujuh.

Batu penghadang yang dibeli sendiri oleh pihak komuniti

“Akibat kerosakan padang ini kami risau anak-anak nanti tiada tempat untuk beriadah, maka pihak komuniti telah bersepakat untuk bergotong royong menyelamatkan padang berkenaan dengan meletak batu penghadang,” ujarnya ketika ditemui MalaysiaAktif, semalam.

Tambahnya, perbelanjaan yang dikeluarkan hampir RM2000 untuk membeli batu penghadang dan kerja-kerja memasang batu penghadang tersebut dijalankan secara gotong-royong.

-AA-

Tinggalkan komen anda