Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Komuniti MADANI X NADI Rapatkan Jurang Digital Penduduk Baleh

By 24 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Daniel Jong/Budin Gumbang (Sarawak)

KAPIT, 24 Feb (MalaysiaAktif) – Pewujudan program baharu Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) iaitu Program Komuniti MADANI X Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dilihat menjadi platform terbaik untuk merapatkan jurang digital bagi penduduk yang menetap di luar bandar dan pedalaman Kapit khususnya di sekitar kawasan Baleh di sini.

Program tersebut yang dimulakan pada tahun ini turut memberikan peluang kepada ahli-ahli Komuniti MADANI (KM) untuk menerokai perkhidmatan yang disediakan NADI seperti latihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi kursus pemasaran digital serta perkhidmatan untuk mengakses maklumat mengenai dasar dan inisiatif terkini kerajaan.

Ahli KM sedang mendengar taklimat daripada penolong pengurus NADI Sungai Melekun, Limu Masam.

Menurut Penolong Pengurus NADI Sungai Melekun, Limu Masam, 32, memberitahu bahawa pihaknya turut membuka peluang keusahawanan yang mampu menjadi nilai tambah kepada ahli Komuniti MADANI.

“Ia termasuk melalui penjanaan pendapatan tambahan dengan penjualan produk di NADI dan pemasaran secara digital yang lebih meluaskan ketercapaian pembeli berbanding kaedah pemasaran konvensional,” katanya semalam.

Dalam pada itu, ahli Komuniti MADANI, Regina Undie, 55, berkata beliau tidak menyangka NADI mempunyai pelbagai fungsi dan perkhidmatan yang boleh membantu dirinya untuk mengakses pelbagai bantuan dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan.

‘’Sebelum ini, saya kurang jelas di mana harus mendaftar dan merayu bantuan kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) kerana tiada agensi khusus yang melaksanakan tugas sedemikian.

Penolong pengurus NADI Sungai Melekun, Limu Masam sedang membantu mendaftarkan permohonan STR dan SKAS ahli-ahli KM yang hadir.

‘’Namun setelah lawatan ke NADI saya menyedari bahawa pusat ini boleh menjadi pemudahcara kerana kakitangan mereka boleh membantu penduduk luar bandar seperti saya untuk memohon dan merayu bantuan STR dan SKAS,’’ ujarnya.

Menurut Penyelaras Komuniti MADANI, Budin Gumbang, 51, berkata bahawa program sama akan turut diadakan melibatkan ahli Komuniti MADANI kawasan Pelagus dan Bukit Goram iaitu di NADI Pekan Kapit dan NADI Sungai Pelajau dalam masa terdekat.

-RJ-

Tinggalkan komen anda