Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

KTSA River Cruise Pacu Ekonomi Komuniti Kampung Tengah

By 12 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Iswandi Kassim (Sarawak)

SRI AMAN, 12 Feb (MalaysiaAktif) – Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) terus memberikan impak positif kepada masyarakat setempat menerusi pelaksanaan program peningkatan sosioekonomi yang melibatkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Kiifle Morni sedang menelusuri Sungai Batang Lupar menggunakan Bot KTSA River Cruise.

Di antara penerima manfaatnya di sini ialah JKKK Kampung Tengah yang telah menerima dana bagi menggerakkan projek Perkhidmatan Sewaan Bot untuk pelbagai aktiviti, sama ada berbentuk riadah mahupun kajian, dengan menyelusuri Sungai Batang Lupar sehingga ke kawasan Empangan Hidro Lubok Antu.

Menurut Pengerusi JKKK Kampung Tengah, Kifli Morni, 56, projek tersebut merupakan usahasama dengan Jawatankuasa Nelayan Kampung Tengah dalam menyediakan perkhidmatan sewaan bot serta pemandu bagi para pengunjung.

“Setakat ini, kami menyediakan tiga buah bot yang boleh memuatkan sehingga lapan orang penumpang pada satu-satu masa.

Kiifle Morni berdiri di salah sebuah bot yang ditawarkan oleh KTSA River Cruise.

Antara pakej yang ditawarkan termasuk perkhidmatan memancing di Sungai Batang Lupar, memancing di Hidro Batang Ai, Lubok Antu, serta aktiviti menyelusuri keunikan fenomena benak Batang Lupar selain kami juga menyediakan pelbagai aktiviti lain mengikut permintaan pelanggan,” katanya kemarin.

Projek yang dikenali sebagai KTSA River Cruise itu turut mengambil pendekatan moden dalam pemasaran produk dengan memanfaatkan platform media sosial seperti Facebook dan TikTok bagi menarik lebih ramai pelanggan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda