Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kursus AI in The Newsroom, Tingkat Penggunaan AI Profesional Media

By 24 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim

PUTRAJAYA, 24 Feb (MalaysiaAktif) – Kursus Al in the Newsroom, pertama dalam siri program latihan berkaitan AI untuk profesional media yang dianjurkan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), dilancarkan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, di Kuala Lumpur, dekat sini hari ini.

BERNAMA dalam kenyataannya hari ini, berkata kursus selama dua hari di Huawei Customer Solution Innovation Centre (CSIC), di Menara Integra, The Intermark, Kuala Lumpur disertai 40 editor dari pelbagai organisasi media bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mengenai Kecerdasan Buatan (Al) dan penggunaannya dalam kewartawanan moden.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha BERNAMA untuk mempersiapkan wartawan menghadapi landskap media yang sedang berkembang, dengan Al memainkan peranan yang semakin penting dalam pengumpulan berita, penyuntingan dan penyebaran maklumat.

“BERNAMA komited untuk memperkasakan wartawan dengan literasi Al, memastikan bahawa walaupun Al meningkatkan kecekapan bilik berita, prinsip asas kewartawanan,” menurut kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, kursus ini dapat dilaksanakan dengan peruntukan khas sebanyak RM1 juta daripada kerajaan, sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024.

“Dengan kursus pertama ini, BERNAMA mengukuhkan peranannya sebagai peneraju dalam penggunaan Al dalam sektor media, melengkapkan wartawan dengan kemahiran yang diperlukan untuk mengharungi masa depan di mana Al dan kepakaran manusia bergerak seiring,” menurut kenyataan itu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda