Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Lebih 300 Hadir Ramadhan Kembali Lagi

By 13 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Fauzi

GEMAS, 13 Feb (MalaysiaAktif) – Lebih 300 tetamu hadir ke Program Ramadhan Kembali Lagi 2025 anjuran Pertubuhan Khairat Kematian FELDA Pasir Besar, di sini semalam.

Warga FELDA Pasir Besar yang hadir ke Program Ramadhan Kembali Lagi 2025

Program dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT),  Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekitar FELDA Pasir Besar di Dataran Belia Pasir Besar, di sini dimulakan awal pagi dengan penduduk sekitar bergotong-royong memasak tiga ekor lembu untuk program ceramah yang diadakan pada sebelah malam.

Wakil Ahli Parlimen Tampin, Zainal Ismail  mengucapkan tahniah kepada jahli jawatankuasa yang telah merancang, mengatur dan menjayakan program.

“Ahli Parlimen Tampin Datuk Mohd Isam Mohd Isa menyumbangkan RM1, 000 untuk program ini,” katanya.

Ceramah Ramadhan Kembali Lagi 2005  telah disampaikan oleh bekas penyanyi kumpulan rock tanah air satu ketika dahulu ‘Ijam Medicine’ atau Norhizam Shair.

‘Ijam Medicine’ menarik perhatian dengan menyampaikan beberapa buah lagu seperti Rimba Cintaku, Tika dan Saat Ini dan Dunia Sementara.

‘Ijam Medicine’ menyanyikan lagu ketika sesi ceramah.

Menurut pengunjung Hasri Selamat, 33, program ini dapat menyampaikan ilmu berkaitan konsep syukur dan taat perintah Allah.

“Di samping itu, tetamu yang hadir turut dapat mendengar sendiri suara lunak penceramah yang pernah menjadi nostalgia pada tahun 90-an,” katanya.

Turut hadir Pengurus FELDA Pasir Besar Mahfuz Zainal Abidin Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Tampin Salahuddin Sanusi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda