
Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor)
KULAI, 28 Feb (MalaysiaAktif) ā Kerajaan komited dalam memperkasakan kesaksamaan akses kesihatan rakyat dengan mengaplikasikan teknologi terkini bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan, khususnya melalui penggunaan ketersambungan 5G yang lebih meluas dan efisien.

Pemeriksaan mata menggunakan alat moden digital phoropter meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan menerusi teknologiĀ terkini
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, berkata peningkatan liputan rangkaian 5G di Malaysia telah mencapai tahap penggunaan sebanyak 82.4 peratus dan pengguna 5G juga telah meningkat kepada 53.35 peratus setakat Disember 2024.

Perkhidmatan kesihatan percuma antara inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk memperkasakan akses kesihatan rakyat menerusi program Future Health forĀ AllĀ (FH4A)
āDi Johor pula pencapaian liputan rangkaian 5G adalah sebanyak 84.2 peratus, lebih tinggi dari purata pencapaian di seluruh negara.
āSebab itu, hasrat kerajaan adalah untuk sentiasa mendidik masyarakat mengenai kepentingan penggunaan pendigitalan dan teknologi terkini dalam saringan kesihatan yang mampu menjimatkan masa dan kos rawatan yang dikeluarkan rakyat,ā katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis penutupan program rintis Future Health fo All (FH4A) di Dewan Raya Putra, di sini hari ini.
Tambah Teo Nie Ching, program rintis FH4A ini merupakan satu inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat mengenai penjagaan kesihatan melalui pelbagai sesi perkongsian, pameran teknologi kesihatan dan saringan kesihatan percuma.
āProgram FH4A ini telah dianjurkan di 20 buah lokasi merentas enam negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Johor,ā ujarnya.
Turut hadir, Pengarah Kanan Pejabat Wilayah Selatan MCMC Mohamad Rizal Ahmad, Pegawai Kesihatan Daerah Kulai Dr Mohd Anwar Shahrir Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai WongĀ BorĀ Yang.
-AA-