Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Mangsa Banjir Jeli Terima 100 Pek Bantuan Bakul Makanan

By 17 Februari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Zulaikha Mazlan/NurulAzmi Mazelan

JELI, 17 Feb (MalaysiaAktif) – Sebanyak 100 pek bantuan bakul makanan telah diagihkan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir di daerah ini.

Bantuan tersebut disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Jeli hasil sumbangan daripada Jambatan Kedua Sdn. Bhd. menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Lori Jabatan Kebajikan Masyarakat yang membawa pek bantuan bakul makanan.

Majlis penyerahan bantuan berlangsung di Dewan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Jeli dan disempurnakan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Jeli Amirul Afham Juma’at.

“Setiap penerima menerima bakul makanan yang mengandungi pelbagai barangan keperluan asas bagi membantu meringankan beban mereka,” katanya.

Seorang penerima bantuan, Rohana Mat Zain, 60, melahirkan rasa syukur atas sumbangan tersebut.

Rohana, antara penerima pek bantuan bakul makanan.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan ini.

“Ia sangat membantu dalam meringankan perbelanjaan kami sekeluarga,” katanya.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan kebajikan masyarakat yang terjejas akibat bencana alam terus diberi perhatian dan bantuan yang sewajarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda