Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Martabak Daging Rusa, Tarikan Baharu di Hulu Terengganu

By 12 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Hairie Izwan Awang (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 12 Feb (MalaysiaAktif) – Martabak daging rusa hasil sentuhan istimewa Tun Ahmad Tun Abdullah, 66, atau lebih mesra dikenali sebagai Pok Tun, kini menjadi sebutan dan tarikan pengunjung dari seluruh negara.

Tun Ahmad pengusaha Martabak daging rusa.

“Saya ingin membawa konsep warisan tradisional Melayu Terengganu ke gerai makan terbaharu saya di Dataran Sungai Kampung Temir, Hulu Terengganu.

“Keunikan martabak ini bukan sahaja terletak pada penggunaan daging rusa segar, tetapi juga pada saiznya yang besar dan cukup mengenyangkan untuk dua orang,” jelas Pok Tun yang juga pemilik Warisan Pahlawan Resort.

“Walaupun harganya RM20 sekeping, keenakan dan keistimewaan murtabak ini memang berbaloi,” kata seorang pengunjung dari Kuantan Baharum Shah, 62,  ketika ditemui, di sini kelmarin.

“Ini kali pertama saya mencuba hidangan unik ini selepas saudara saya yang tinggal berdekatan bercerita berkenaan murtabak ni.

Baharum Shah menceritakan pengalaman pertamanya mencuba martabak daging rusa yang unik.

“Selain martabak daging rusa, menu istimewa lain seperti nasi goreng daging rusa turut menarik perhatian ramai.

“Tambahan pula, suasana gerai yang berkonsepkan warisan Melayu dengan pemandangan indah menambahkan lagi daya tarikan lokasi ini,” katanya.

Bagi pencinta makanan yang ingin mencuba kelainan dan menikmati keindahan Hulu Terengganu, Gerai Pok Tun di Dataran Sungai Kampung Temir pasti menjadi destinasi yang harus dikunjungi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda