Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Mini Expo Produk Perkhidmatan Patuh Syariah dan HOT Kluang Celik Rezeki Halal

By 22 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nadia Abdullah/Abassalimi Mohamad (Kluang)

KLUANG, 22 Feb (MalaysiaAktif) – Mini Expo Produk Perkhidmatan Patuh Syariah dan Halal On Track (HOT) Daerah Kluang berjaya menarik perhatian masyarakat dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan perkhidmatan kewangan dan penjualan produk halal.

Penyampaian Bantuan Keusahawanan Johor dari Jabatan Pertanian Negeri Johor kepada penerima.

Pegawai Daerah Kluang Azurawati Wahid dalam ucapannya, berkata pengukuhan sektor halal bukan sahaja penting dari sudut agama tetapi juga mampu memberi manfaat ekonomi kepada para usahawan tempatan.

“Kita mahu memberi ruang kepada masyarakat untuk celik halal dan memahami kepentingan perkhidmatan patuh syariah dalam pelbagai aspek termasuk kewangan, makanan dan industri halal.

“Ini juga selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Johor sebagai hab halal global,” katanya.

Mini Expo yang berlangsung selama tiga hari bermula 21 hingga 23 Februari ini di Dewan Tunku Ibrahim Ismail Tasik, di sini melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Forum Sistem Sokongan Insentif dan Bantuan kepada Pengusaha IKS Sektor Pemakanan.

Selain itu, ia juga menyediakan platform bagi masyarakat untuk mendapatkan maklumat dan bimbingan berkaitan perkhidmatan patuh syariah secara langsung.

Dengan konsep ‘Rezeki Berkat’, program ini bukan sahaja membantu masyarakat dalam memahami kepentingan halal tetapi juga memberi peluang kepada para usahawan untuk meningkatkan keberkatan dalam perniagaan mereka melalui kepatuhan terhadap syariah.

Program ini dijangka akan diadakan secara berkala bagi memastikan lebih ramai pihak dapat memperoleh manfaat, sekali gus memperkukuh kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap kepentingan produk serta perkhidmatan yang memenuhi standard halal dan patuh syariah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda