
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)
GOMBAK, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Unit Tranaformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dengan kerjasama Bursa Saham akan menganjurkan Karnival Saham di sembilan buah negeri dengan peruntukan hampir RM3 juta.

Kelihatan Prabakaran sedang bertanya sesuatu dengan salah seorang pengunjung di Karnival Saham.
Pengerusi Jawatankuasa Petugas Khas MITRA P Prabakaran, berkata program berkenaan bertujuan meningkatkan literasi kewangan di kalangan masyarakat India, khususnya dalam pelaburan saham.
Katanya, statistik menunjukkan hanya tiga peratus masyarakat India mengenali atau mempunyai akaun pelaburan saham.
“Selain itu, program ‘Malaysian Indian Investment’ (MIIP) akan memilih 500 peserta untuk latihan pelaburan, dengan 300 orang akan dilatih ke tahap pertengahan dan 150 orang ke tahap lanjutan.
‘Ini bukan sahaja memberi ilmu tetapi juga peluang pekerjaan dalam sektor kewangan,” ujarnya yang merupakan Ahli Parlimen Batu.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Karnival Saham di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, di sini semalam.
Turut hadir Ketua Pengarah MITRA, G Prabagaran dan Ketua Pembangunan Kapasiti Bursa Malaysia, A Deepa.

Pengunjung sedang mendapatkan informasi di salah sebuah reruai agensi yang menyertai Karnival Saham di Gombak.
Karnival Saham merupakan sebuah inisiatif interaktif yang dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan literasi kewangan, strategi pelaburan, pasaran saham dan penipuan kewangan (scam).
Pelbagai pengisian termasuk reruai seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Bursa Malaysia Berhad, Perubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) serta agensi-agensi lain.
-ZS-