Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Murid Teruja Gunting Rambut Percuma

By 17 Februari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ainsyah Hamid (Barat Daya)

BAYAN LEPAS, 17 Feb (MalaysiaAktif) – Lebih 40 murid sekolah memanfaatkan khidmat gunting rambut percuma menerusi program Back to School yang dianjurkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bayan Lepas dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Neger (ADUN) Bayan Lepas, di sini semalam.

Antara pelajar yang mendapatkan perkhidmatan gunting rambut percuma.

Program yang pertama kali diadakan ini mendapat sambutan menggalakkan selaras dengan matlamatnya untuk membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dalam persiapan sesi persekolahan 2025.

Seorang peserta Mohd Ikwan Mohamad, 12, berkata program ini memberi pengalaman yang menyeronokkan buatnya dan rakan-rakan.

“Saya berpakat dengan kawan-kawan untuk tidak melepaskan peluang datang bersama-sama, baru la nampak kemas sebelum ke sekolah esok,” katanya.

Bersemangat menunggu giliran untuk memotong rambut secara percuma.

ADUN Bayan Lepas Datuk Azrul Mahathir Aziz, turut hadir bagi memeriahkan suasana serta beramah mesra dengan ibu bapa dan pelajar yang hadir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda